Salaam.

Mungkin senang untuk kita khatam Al-Quran, contohnya sekali dalam setahun, ini pun sudah cukup baik yang penting tetap istiqamah atau menjadi lebih baik (seperti 2 kali dalam 1 tahun). Tapi soalan saya, “khatam tafsir”, pernahkah kita? Tepuk dada tanya iman. Pada awalnya memang saya ada niat untuk membaca tafsir secara istiqamah sekurang-kurangnya 1 tafsir 1 hari, tetapi ianya kurang berkesan bagi saya kerana pasti akan ada saja alasan yang menghalang saya untuk melakukannya. Jadi di zaman serba moden ini, saya terfikir untuk membuat blog yang mana akan saya gunakan untuk mengepost tafsir-tafsir dari ayat-ayat Al-Quran sehari sekali, saya berharap dari sini bukan saja saya seorang yang mendapat manfaat, tetapi pembaca-pembaca blog ini juga. Aamiin

by SHK

Advertisements